Polis ada kesan barang, objek bantu jejak pembunuh Zayn Rayyan

Polis ada kesan barang, objek bantu jejak pembunuh Zayn Rayyan

UNIT Forensik hadir sekali lagi di Blok R Apartmen Idaman. - UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Pemeriksaan rumah ke rumah kali kedua yang dilaksanakan polisdi Blok R Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi ada mengesan beberapa barangan atau objek yang boleh membantu siasatan dalam menjejak pembunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, bagaimanapun, analisa perlu dilakukan terlebih dahulu terhadap bukti-bukti yang diperoleh.

Kata beliau, bagaimanapun, tiada perkembangan positif dalam usaha menjejak pembunuh Zayn Rayyan. 

“Kita perlu analisa terlebih dahulu semua penemuan ini dan masih berusaha mengumpul bukti secukupnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ditanya sama ada terdapat arahan khusus dikeluarkan pihak polis terhadap penduduk untuk kekal di blok mereka ketika pemeriksaan dijalankan, beliau berkata, penduduk boleh melakukan rutin harian mereka seperti biasa.

“Jika kita lakukan pemeriksaaan, mereka tiada di rumah atau berada di luar kawasan kita akan tunggu dan panggil mereka untuk mass DNA screening’ (ujian DNA beramai-ramai),” jelasnya.

Terdahulu, hasil pemeriksaan pasukan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama kira-kira dua jam di setiap rumah di Blok R Apartmen Idaman, Damansara Damai, dilihat dua kotak dibawa keluar.

Kotak berkenaan dipercayai berisi bahan bukti bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak itu yang mayatnya ditemui di saliran air dekat kawasan apartmen itu pada 6 Disember lalu.

Lebih 25 anggota daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor melakukan pemeriksaan itu bermula pukul 8.40 malam tadi dan berakhir kira-kira 10.30 malam.

Pemeriksaan didapati tertumpu di tingkat dua dan tiga blok berkenaan yang berketinggian empat tingkat.

Usaha media untuk mendapatkan gambaran lebih lanjut proses itu terhalang selepas tidak dibenarkan mendekati kawasan mahupun berkumpul di hadapan blok. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya