Polemik berkaitan Ashabul Kahfi tidak perlu diperbesarkan  - Utusan Malaysia

Polemik berkaitan Ashabul Kahfi tidak perlu diperbesarkan 

WAN SALIM WAN MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Polemik membabitkan isu berkaitan Ashabul Kahfi tidak perlu diperbesarkan sehingga menambahkan kecelaruan kepada masyarakat awam.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, disebabkan istilah Kristian, maka seluruh Malaysia menjadi riuh-rendah dengan pelbagai pihak memberi respon dan komen yang bercampur-baur antara input akademik dan tujuan politik.

Kata beliau, isu itu tidak sepatutnya menjadi polemik yang membingitkan sekiranya ditangani dengan tenang dan dinilai dengan hati yang jernih dan niat yang ikhlas untuk menemui kebenaran.

”Punca kekeliruan berkaitan isu ini adalah kerana istilah Kristian yang digunakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam ucapan beliau apabila merujuk kepada Ashabul Kahfi.

“Bagi mereka yang tidak atau kurang mendalami ilmu perbandingan agama dan sejarah Nabi-nabi, maka sudah tentu sukar bagi mereka memahami isu ini secara jelas,” katanya di sini hari ini.

Menurut Wan Salim, ia sebenarnya berkait dengan akidah tauhid yang diyakini oleh tujuh pemuda yang berlindung di dalam sebuah gua demi memelihara dan mempertahankan keyakinan tersebut.

Menurut beliau, perlu dijelaskan kawasan Asia Barat pada masa itu berada di bawah pemerintahan Rom Timur yang juga dikenali sebagai Empayar Byzantium, sedangkan agama empayar ini adalah Paganime.

“Para ulama tafsir dan ahli-ahli sejarah berbeza pandangan tentang zaman kejadian ini.

“Ramai yang berpendapat ia berlaku sebelum kelahiran Nabi Isa dan ada yang bependapat ia berlaku selepas kelahiran Baginda.

“Susulan perbezaan pandangan ini, maka berbezalah pula tentang agama mereka. Jika peristiwa ini berlaku sebelum kelahiran Nabi Isa maka, sudah tentu mereka bukan beragama Kristian,” katanya.

Tambahnya, sebaliknya jika peristiwa itu berlaku setelah Nabi Isa lahir, maka logiknya mereka beragama Kristian iaitu agama yang dijenamakan sempena nama beliau Jesus Christ menurut sebutan orang Barat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya