PM: Selamat Hari Natal kepada penganut Kristian - Utusan Malaysia

PM: Selamat Hari Natal kepada penganut Kristian

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian di seluruh negara.

Beliau dalam ucapannya berharap sambutan Hari Natal tahun ini menjadi momentum agar sentiasa menghargai antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang.

“Selamat menyambut Hari Krismas kepada rakyat Malaysia beragama Kristian di seluruh negara. Hari Krismas adalah hari besar buat penganut Kristian dan mereka meraikannya dengan keluarga dan sahabat handai setiap tahun.

“Moga sambutan ini menjadi momentum untuk selalu mencintai, mengasihani dan menebar kebaikan sesama insan tanpa mengira perbezaan latar belakang masyarakat,” kata Anwar dalam kenyataan semalam.

Selain itu, Perdana Menteri turut berharap semua rakyat meraikan kebersamaan secara bersama seterusnya sama-sama memaju membangunkan ekonomi bagi menoktahkan kemiskinan selaras dengan apa yang disasarkan kerajaan sebagai misi utama.

“Kebersamaan seluruh rakyat dituntut agar negara terus membangun dari segi ekonomi, peningkatan pelaburan dan juga menoktahkan kemiskinan tegar.

“Semoga sambutan Krismas tahun ini terus membawa kegembiraan, kedamaian, keamanan, keharmonian, kemakmuran dan perpaduan kepada negara dan rakyat Malaysia,” kata beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya