PM boleh datang Dewan Negara, kenapa menteri tak boleh

PM boleh datang Dewan Negara, kenapa menteri tak boleh datang? -Wan Junaidi

TIONG KING SING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menegur Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing kerana tidak pernah hadir ke sesi persidangan sejak beliau dilantik setahun lalu.

Katanya, ia seolah-olah menunjukkan bahawa sesi Dewan Negara bukanlah agenda penting untuk menteri hadir ke Parlimen.

“Saya memperingatkanlah..Tolonglah menteri datang. Kalau Perdana Menteri boleh datang, Timbalan Perdana Menteri boleh datang.

“Takkan menteri memikirkan tempat ini rendah sangat untuk menteri datang. Ini upper house of Parliament (dewan tertinggi Parlimen), Yang Berhormat,” katanya ketika sesi pertanyaan menteri dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Kata-kata itu disusuli dengan hentakan meja sebagai tanda sokongan ahli-ahli dewan selepas persoalan yang dibangkitkan oleh Senator Amir Md. Ghazali.

“Ke mana pergi Menteri Pelancongan, selama lapan ke sembilan bulan saya di sini, tak pernah ada berbanding menteri-menteri lain. Menteri Pertahanan datang, Perdana Menteri pun datang, tetapi menteri ke mana,” kata Amir.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan tampil mempertahankan ketiadaan menterinya di Dewan Negara.

“Menteri sebenarnya memang nak jawab, cuma, dia buat misi penjualan. Bukan ada sedikit niat untuk tidak menghadirkan diri ke Dewan Negara.

“Mungkin jadualnya tidak sesuai dengan tempoh persidangan, biasalah menteri banyak melakukan misi penjualan di luar dari Malaysia supaya cita-cita kita melihat Malaysia sebagai destinasi utama untuk setiap pelancong di dunia dapat dicapai,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya