PM bimbang politik taksub pengaruhi pelajar IPT

PM bimbang politik taksub pengaruhi pelajar IPT

ANWAR Ibrahim semasa  Program Dialog Mahasiswa Temui Anwar  sempena Anugerah Buku Negara 2023 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak, hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAPA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kebimbangan terhadap fahaman politik yang taksub dan melampau yang mungkin mempengaruhi pelajar di pusat pengajian tinggi di negara ini.

Perdana Menteri berkata, golongan berkenaan membawa fahaman politik perkauman, kononnya orang Melayu sudah ‘habis’ dan Pulau Pinang kononnya sudah ‘diKristiankan’ di bawah kerajaan beliau.

Beliau berkata, golongan itu membawa masuk fahaman sedemikian melalui kebebasan akademik yang dibenarkan di pusat-pusat pengajian tinggi sehingga mempengaruhi pelajar.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak universiti mengawal fahaman politik sedemikian kerana ketaksuban seumpama itu boleh memecah belahkan rakyat.

“Hal-hal begini kita harus kawal, kalau dia nak tanya secara baik tak mengapa, tapi kalau ikut perangai beberapa orang politik yang terdesak maka  kita rugi.

“Kalau perkara itu benar okey tapi umpamanya mereka kata sejak anwar jadi Perdana Menteri,  Islam hanyut, hilang sedangkan program Islam kita lebih mantap, peruntukan untuk Islam lebih tinggi.

“Jadi kena jaga supaya jangan jadi walaun, tak boleh fikir langsung sehingga apa yang disebut dianggap sebagai hukum,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Dialog Mahasiswa Temui Anwar  sempena Anugerah Buku Negara 2023 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini hari ini. 

Anwar berkata, begitu pun kerajaan tidak menghalang jika ada pihak yang masuk ke universiti dan memberikan pandangan yang terbuka.

Malah, kata Anwar, beliau sama sekali tidak menghalang kritikan terhadap kerajaan.

“Mereka kata kalau Anwar boleh masuk ke universiti, mereka pun nak masuk. Kalau dia bagi pandangan yang terbuka, saya tak jadi masalah.

“Tapi kalau dia bawa kebencian kepada kaum Cina, Dayak dan Kristian  semuanya jadi musuh kita, tak boleh saya tak izinkan.

“Saya tidak izinkan orang menghina, menghukum dan cuba menidakkan orang bukan Islam,  inilah prinsipnya dan saya tak akan berkompromi. Mengkritik kerajan tak apa, tapi kalau dia langgar dasar,  ini tak boleh.

“Kepada pelajar, gunakan creative mind, kerana dia pakai serban dan dia cakap betul, kita boleh terima tapi kalau dia bohong, walaupun dia pakai jubah, tak boleh terima jika cakap tak betul,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya