Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dan Politeknik Negeri Padang, Indonesia bakal memperkenal program pertukaran penuntut dan kakitangan, bermula Februari tahun depan.
Timbalan Pengarah Akademik PIS, Tengku Nadzion Tengku Ibrahim berkata, perkara tersebut sedang dibincangkan kedua-dua pihak termasuk kementerian berkaitan.
Menurut beliau, usaha itu bakal membantu kedua-dua institusi pengajian tinggi (IPT) terbabit melahirkan graduan lebih holistik pada masa depan.
“PIS sudah menjalin kerjasama erat dengan Politeknik Negeri Padang sejak 2017 lagi.
Bagaimanapun kerjasama itu lebih tertumpu kepada penganjuran persidangan dan seminar serta penghasilan kertas penulisan katanya kepada pemberita semasa program Khidmat Masyarakat Antarabangsa di Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan PIS di Pasir Gudang. –UTUSAN