RANTAU PANJANG: Seorang petani kerugian RM10,000 selepas tanaman timun yang diusahakan secara fertigasi di Kampung Padang Licin di sini ditenggelami banjir. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Muhammad Syahfiq Mohamad Zulkifli 19, berkata, dia hanya sempat memungut hasil sebanyak 63 kilogram (kg) susulan peningkatan paras air banjir yang naik secara mendadak dua minggu lalu. “Saya telah sedaya upaya untuk menyelamatkan semua tanaman ini namun terpaksa mengalah selepas polibeg itu ditenggelami banjir. “Walaupun tanaman ini diusahakan secara fertigasi gantung, namun ia tetap tenggelam,” katanya ketika ditemui di sini semalam. Muhammad Syahfiq memberitahu, walaupun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya