Perodua Bezza lari dari polis ditahan di Cyberjaya

Perodua Bezza lari dari polis ditahan di Cyberjaya

SEBUAH kereta Perodua Bezza yang dinaiki mereka dikejar polis dari Petaling Jaya sehingga Cyberjaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA :  Seorang lelaki dan wanita ditahan, manakala dua lagi lelaki melarikan diri selepas sebuah kereta Perodua Bezza yang dinaiki mereka dikejar polis dari Petaling Jaya sehingga Cyberjaya semalam.

Dalam kejadian itu, sebanyak lapan buah unit peronda polis (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya manakala sepuluh daripada lain-lain daerah.

Utusan Malaysia difahamkan, kereta Perodua Bezza dinaiki tiga lelaki dan seorang wanita itu pada mulanya dipandu dalam keadaan mencurigakan sebelum polis yang membuat rondaan cuba menahan mereka.

Bagaimanapun, suspek bertindak memecut kenderaan itu sebelum polis mengejar mereka dan kejadian itu kemudiannya tular dalam laman sosial.

Pemeriksaan lanjut menemukan peralatan pecah rumah di dalam kereta itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan kejadian itu dan penahanan suspek.

“Kita akan keluarkan kenyataan media berkaitan kes ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya