Permaisuri Selangor berangkat saksi World #Quran Convention

Permaisuri Selangor berangkat saksi World #Quran Convention

TENGKU Permaisuri Norashikin berkenan melawat tapak pameran sempena World #Quran Convention di Pusat Konvensyen Movenpick KLIA. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenaan hadir untuk mengikuti World #Quran Convention di Pusat Konvensyen Movenpick KLIA di sini hari ini.

Keberangkatan tiba baginda pada pukul 9.10 pagi disambut mesra Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Hussamuddin Yaacub selaku penganjur acara itu.

Beliau kemudian turut menyembahkan penjelasan secara ringkas mengenai lembaran naskhah al-Quran terbitan Karya Bestari ketika baginda melawat reruai sekitar lobi dewan.

Tengku Permaisuri Norashikin yang anggun berhijab dengan jubah berwarna coklat cair itu juga mengikuti diskusi panel bertajuk ‘Kajian Al-Quran: Semalam, Hari Ini dan Esok.’

Turut terlibat sebagai panel diskusi ialah Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil serta Pengarah Urusan World Trade Center Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim yang dipimpin Pengarah Institut Penyelidikan dan Pembangunan Islam, Sharif Hassan Al-Banna berpusat di Britain.

Sebelum itu, baginda juga mendengar ucapan pembukaan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar serta bacaan al-Quran oleh qari Palestin, Rami As-Sousi.

Seramai 1,800 peserta termasuk dari luar negara menghadiri acara sehari yang merupakan penutup World #Quran Hour 2023 dengan dinaungi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Baginda kemudian berangkat pulang pukul 11.35 pagi selepas mengikuti sesi tadabbur bahagian pertama Surah Al-Insan oleh tokoh akademik, Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya