Perlombongan NRREE: Warisan arkeologi, alam sekitar Lenggong terpelihara - Utusan Malaysia

Perlombongan NRREE: Warisan arkeologi, alam sekitar Lenggong terpelihara

SHAMSUL Anuar Nasarah melawat pameran di Galeri Lenggong Geopark pada sambutan Festival Lenggong Geopark di Lenggong hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LENGGONG: Perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NRREE) di pedalaman wilayah utara Perak termasuk Lenggong diyakini telah mengambil kira kepentingan alam sekitar serta warisan arkeologi yang ada.

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah percaya soal itu dititikberatkan oleh pihak negeri yang menguruskan perlombongan tersebut.

Katanya, hal itu penting memandangan Lembah Lenggong kini diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Organisasi Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) serta Geopark Kebangsaan.

“Saya percaya pembangunan yang dibuat itu berasas dan meletakkan kepentingan dari segi alam sekitar sebagai keutamaan.

“Maknanya kita mengambil hasil tetapi aspek-aspek lain dijaga. Ia penting kerana kawasan ini adalah kawasan warisan. Saya cukup yakin ia dititiberatkan oleh kerajaan,” katanya kepada pemberita pada sambutan Festival Lenggong Geopark di sini hari ini.

Perak melaksanakan projek rintis perlombongan NRREE melibatkan tanah seluas 87 hektar di mukim Kenering, Gerik dan sehingga September 2023, pihak penggerak aktiviti itu telah menjelaskan bayaran royalti sebanyak hampir RM21.12 juta melalui pengeksportan negara China.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bagaimanapun pernah melahirkan kerisauan tentang cubaan untuk melombong NRREE secara haram memandangkan proses mengeluarkan sumber itu adalah mudah.

Oleh demikian, Shamsul Anuar berkata pihak yang menjaga kepentingan kawasan Lenggong bersiap sedia memberikan kerjasama jika mengesan sebarang aktiviti tidak sepatutnya.

Jelasnya, pengiktirafan UNESCO serta Geopark Kebangsaan adalah disemak secara berkala dan status berkenaan boleh ditarik balik jika terdapat perkara menjejaskan warisan yang ada.

Pada Rabu lalu, seramai 10 lelaki warga tempatan antara 31 individu yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan perlombongan haram NRREE di Hutan Simpan Bintang Hijau di Hulu Perak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya