Perlis tunggu keputusan pusat tentang langkah pencegahan Covid-19 - Utusan Malaysia

Perlis tunggu keputusan pusat tentang langkah pencegahan Covid-19

PENIAGA kedai makan di Perlis turut mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengamalkan pemakaian pelitup muka bagi menggelakkan penularan wabak Covid-19. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kerajaan negeri akan melihat keperluan dan langkah-langkah yang perlu diambil berkaitan sebarang langkah pencegahan Covid-19 agar selari dengan kerajaan Pusat.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri, Megat Hashirat Hassan berkata, sebarang tindakan tersebut selepas pertemuan bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, hari ini.

“Buat masa ini, kerajaan negeri tidak dapat melakukan apa-apa lagi kerana dibimbangi sebarang tindakan akan bertentangan dengan kerajaan Persekutuan.

“Jadi kita akan tunggu apa langkah-langkah pencegahan diputuskan menerusi pertemuan menteri dengan Exco kesihatan setiap negeri itu,” katanya.

Berdasarkan statistik minggu epidemiologi ke 50 untuk tempoh bermula dari 10 sehingga 16 Disember lalu menunjukkan kes baharu bagi wabak Covid-19 di negeri ini sebanyak 116 kes di mana 93 daripadanya adalah merupakan kes tempatan dan 23 lagi kes import.

Daripada tempoh tersebut, jumlah kumulatif kes yang direkodkan adalah sebanyak 19,843 kes manakala kes tahunan semasa adalah berjumlah 887 kes.

Dalam pada itu, Megat Hashirat berkata, buat masa ini, orang ramai dinasihatkan supaya mengamalkan langkah-langkah pencegahan antaranya dengan memastikan aspek kebersihan diri berada pada tahap tertinggi dan kerap membasuh tangan bersama sabun.

“Bagi mereka yang mempunyai gejala dinasihatkan untuk berehat di rumah dan menggelakkan berkunjung ke tempat tumpuan awam.

“Sekiranya perlu amalkan pemakaian pelitup muka di tempat awam dengan cara yang betul bagi menggelakkan penularan wabak berkenaan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya