Perkeso dapatkan bantuan JPJ, APAD kesan pekerja gig belum

Perkeso dapatkan bantuan JPJ, APAD kesan pekerja gig belum mencarum

KHOO Poay Tiong (dua dari kanan) dan Abd. Razak Omar menyampaikan pencen ilat dan ELS kepada balu mendiang Ong Sai Guan di Jalan Gajah Berang, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengesan hampir 30 peratus daripada 5,500 pekerja sektor ekonomi gig di negeri ini belum berdaftar dan mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

Pengarah Perkeso Melaka, Abd. Razak Omar berkata, setakat ini mereka yang mendaftar dan mencarum dengan SKSPS adalah seramai 3,800 orang.

Menurutnya, Perkeso akan bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi menjalankan penguatkuasaan untuk memastikan kira-kira 1,700 orang lagi didaftarkan di bawah SKSPS.

Tegasnya, pihaknya juga akan mengambil tindakan lebih tegas terhadap majikan atau penyedia perkhidmatan ekonomi gig yang gagal memastikan semua pekerja mereka dilindungi.

“Kerajaan telah mewajibkan semua pekerja di sektor ekonomi gig yang bekerja sendiri seperti menghantar barangan dan makanan, pemandu dan penunggang e-hailing mencarum di bawah SKSPS.

“Walaupun kerajaan memberi subsidi sebanyak 80 peratus dan mereka cuma perlu membayar RM42.70 setahun, tetapi masih ramai tidak ambil peduli.

“Walaupun jumlah tidak besar tetapi manfaat adalah sangat tinggi. Kita tidak mahu apabila berlaku musibah mereka kehilangn punca pendapatan dan menjadi miskin tegar,” katanya kepada pemberita selepas Penyampaian Faedah Skuad Perkeso Prihatin di Jalan Gajah Berang di sini, hari ini.

Pada program tersebut, Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong menyampaikan pencen ilat berjumlah RM490.82 dan Elaun Layanan Sentiasa (ELS) sebanyak RM500 kepada balu mendiang Ong Sai Guan yang meninggal dunia akibat kanser.

Tambah Abd. Razak, pendaftaran orang bekerja sendiri lebih tinggi tahun ini berjumlah 9,768 orang berbanding hanya 6,500 orang pada 2022.

Katanya, bilangan kes tuntutan kemalangan adalah sebanyak 141 kes dan jumlah bayaran setakat ini sebanyak RM428,917.66. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya