KUALA LUMPUR: Bangunan premis Majlis Amanah Rakyat (Mara) termasuk arked dan bazarnya perlu diberi sentuhan baharu bagi menarik kemasukan peniaga serta kedatangan pengunjung. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Norsyahrin Hamidon berkata, pihaknya sedia berunding dengan Mara bagi membangunkan kembali premis-premis berkenaan supaya mempunyai daya tarikan sama seperti bangunan perniagaan di kawasan lain. Katanya, ia penting sebagai langkah permulaan untuk menaikkan kembali lebih 20 peratus atau kira-kira 1,500 daripada 7,258 premis perniagaan Mara di seluruh negara kini kosong dan nilai komersialnya yang berubah akibat peredaran zaman.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya