Peperiksaan SPM di Melaka pada 20 Februari diteruskan

Peperiksaan SPM di Melaka pada 20 Februari diteruskan

PEPERIKSAAN pada hari tersebut membabitkan empat subjek iaitu Manahij al-'Ulum al-Islamiah, Pendidikan Seni Visual Kertas Dua, Pendidikan Muzik Kertas Satu dan Reka Cipta Kertas Satu. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang jatuh pada 20 Februari 2024 akan berjalan seperti biasa walaupun tarikh itu adalah cuti umum di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, seramai 4,528 calon akan menduduki peperiksaan pada hari tersebut membabitkan empat subjek iaitu Manahij al-‘Ulum al-Islamiah, Pendidikan Seni Visual Kertas Dua, Pendidikan Muzik Kertas Satu dan Reka Cipta Kertas Satu.

Kata beliau, seramai 335 guru peperiksaan juga akan bertugas seperti biasa.

“Tarikh 20 Februari merupakan cuti umum baharu sempena Hari Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Negara dan ia telah diwartakan oleh kerajaan negeri menggantikan cuti Pengisytiharaan Melaka Bandaraya Bersejarah.

“Saya tidak mahu orang ingat (apabila) cuti umum tiada peperiksaan. Kita tidak boleh tangguh kerana perlu mencari tarikh baharu, menyediakan kertas soalan lain yang akan melibatkan kos yang tinggi,” katanya kepada pemberita pada Majlis Hari Pemohon Rumah Mesra Rakyat (RMR) Bersama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di sini, hari ini.

RAHMAD Mariman bercakap kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Hari Pemohon RMR Bersama SPNB di Ayer Molek, Melaka. – UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

Seramai 12,900 calon termasuk persendirian telah mendaftar untuk menduduki SPM 2023 di 103 pusat peperiksaan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Rahmad menyarankan orang ramai yang menunaikan solat secara berjemaah di masjid dan surau memakai pelitup muka.

Menurutnya, walaupun kerajaan negeri belum mengeluarkan sebarang prosedur operasi standard (SOP), rakyat digalakkan mengambil langkah pencegahan awal.

“Peningkatan kes Covid-19 yang berlaku ketika ini agak membimbangkan. Saya mengesyorkan jemaah yang pergi ke masjid untuk memakai pelitup muka.

“Setakat ini belum ada SOP dikeluarkan termasuk melibatkan penjarakan sosial. Sekarang pun dah ramai yang pakai pelitup muka, maksudnya mereka prihatin dan ambil inisiatif sendiri,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya