Penyelia kilang didakwa dua tuduhan amang seksual anak kandung - Utusan Malaysia

Penyelia kilang didakwa dua tuduhan amang seksual anak kandung

SEORANG penyelia kilang berusia 40 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan kandungnya yang berusia 15 tahun. - Pic: SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUTTERWORTH: Seorang penyelia kilang berusia 40 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan kandungnya yang berusia 15 tahun.

Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Zulaikha Nordin@Ghani.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki terbabit didakwa melakukan amang seksual fizikal pada pukul 12 tengah hari, 21 September lalu dan pada pukul 3 petang, 13 Disember lalu.

Kedua-dua perbuatan dengan maksud seksual itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan (SPS) dekat sini.

Kedua-dua perbuatan itu adalah kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 14(a) dan (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) yang jika sabit kesalahan, setiap dari pertuduhan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Syafiq Nasrullah Saleem Ali manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mohammad Syafiq Nasrullah tidak menawarkan sebarang jaminan susulan tertuduh dan mangsa masih tinggal bersama.

Tertuduh dalam rayuannya memohon jaminan dengan alasan perlu menyara isteri, dua anak dan seorang ibu yang menghidap kanser.

Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 3 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya