Peniaga Medan Samudera minta jumpa Exco 8 Januari

Peniaga Medan Samudera minta jumpa Exco 8 Januari

GEGANTUNG bantahan penutupan jalan yang digantung para peniaga di pintu masuk Medan Samudera, Banda Hilir, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pertemuan antara para peniaga Medan Samudera, Banda Hilir di sini dengan Pengerusi Kanan Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Melaka, Datuk Rais Yasin dijangka berlangsung pada 8 Januari ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Pengerusi Persatuan Penjaja Peniaga Pengusaha Kecil Melayu Negeri Melaka (PPPPKMNM) Cawangan Melaka Bandar, Abdul Rahim Embi berkata, pihaknya akan membawa beberapa cadangan untuk pertimbangan kerajaan negeri antaranya penutupan jalan daripada 54 jam kepada hanya 18 jam untuk Zon Bebas Kenderaan.

Jelasnya, setakat ini tiada wakil kerajaan negeri termasuk Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah mengadakan pertemuan dengan pihaknya.

“Memang semua peniaga di sini mengharapkan cadangan penutupan jalan daripada 54 jam kepada 18 jam mendapat perhatian kerajaan negeri. Penutupan jalan waktu siang pada Sabtu dan Ahad memang menjejaskan pendapatan hampir 100 peniaga di sini.

“Ini disebabkan bas-bas pelancong tidak dapat masuk, begitu juga kereta dan motosikal berbanding pada hari biasa,” katanya ketika dihubungi.

Sabtu lalu, Utusan Malaysia melaporkan, kira-kira 100 peniaga di Medan Samudera meminta kerajaan negeri mempertimbangkan penutupan jalan Zon Bebas Kenderaan daripada 54 jam kepada hanya 18 jam.

Bagaimanapun, Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh menjelaskan, kerajaan negeri mempunyai kaedah untuk membawa masuk pelancong ke kawasan Zon Bebas Kenderaan berikutan isu penutupan itu.

Beliau berkata, kerajaan negeri tidak sama sekali menganiaya peniaga dengan bersikap zalim sehingga kelompok terlibat tidak dapat menjalankan perniagaan kerana ketiadaan pengunjung.

Tambah Abdul Rahim, majoriti peniaga tidak mempunyai masalah dengan keputusan kerajaan negeri sebelum ini yang hanya menguatkuasakan Zon Bebas Kenderaan dalam tempoh enam jam setiap Sabtu.

“Semua peniaga di sini berharap dapat berjumpa dengan Rais bagi menyelesaikan masalah berikutan keputusan menutup jalan selama tiga hari dari Jumaat hingga Ahad,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya