Pengundi dinasihat keluar mengundi awal - Utusan Malaysia

Pengundi dinasihat keluar mengundi awal

AHMAD Samsuri Mokhtar menyantuni petugas di Unit Daerah Mengundi Kuala Kerteh, Kemaman, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menasihatkan pengundi mengambil kesempatan keluar mengundi awal pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman berikutan keadaan cuaca baik pada pagi ini.

Beliau berkata, keadaan cuaca yang baik pada pagi ini diharapkan dapat kekal sehingga petang untuk memberi peluang kepada lebih ramai pengundi keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing.

“Cuaca Alhamdulillah. Kita berharap walaupun ramalan sebelum ini mungkin menghadapi risiko hujan tapi Alhamdulillah pada pagi ini cuaca sangat baik. Kita berharap supaya bertahan sampai ke petang.

“Kalau boleh semua dapat keluar awal, paling tidak jika berlaku hujan petang, semua dah keluar mengundi,” katanya ketika ditemui selepas menyantuni petugas di Unit Daerah Mengundi Kuala Kerteh di sini, hari ini.

Pada masa sama, Ahmad Samsuri berkata, beliau berharap jumlah peratus pengundi mengundi lebih tinggi dalam PRK ini.

“Dalam mana-mana PRK, memang berdepan dengan cabaran keluar mengundilah, cuma kita berharap suasana di Terengganu agak berbeza kerana kesedaran dari segi pengundi-pengundi itu. Kita berharap lebih baiklah untuk keluar mengundi,” ujarnya.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi kira-kira 70 peratus bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, jangkaan itu berdasarkan peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya