Pengasingan Kementerian Komunikasi dan Digital bantu tingkat sektor digital negara - Fahmi

Pengasingan Kementerian Komunikasi dan Digital bantu tingkat sektor digital negara – Fahmi

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perpecahan portfolio Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) kepada dua kementerian penting adalah bagi membantu meningkatkan pembangunan ekonomi negara khususnya dalam sektor digital.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pembentukan dua kementerian berbeza itu dilihat berupaya menyelaraskan semua aspek membabitkan sektor berkenaan.

“Penting saya tegaskan kenapa KKD dipecahkan. Aspek digital ini adalah aspek yang sebelum ini ditadbir oleh beberapa kementerian yang lain.

“Sebagai contoh, sebelum ini MyDigital Corp di bawah Kementerian Ekonomi manakala bagi ‘Startup’ di bawah MOSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi), serta ‘Scale up’ di bawah MDEC (Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia) bersama KKD,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, perlu ada penyelarasan dan pengasingan kementerian kerana berdasarkan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030, ekonomi digital akan memainkan peranan penting dalam pembangunan negara.

“Maka keputusan untuk memisahkan KKD kepada dua kementerian adalah satu keputusan yang tepat dan tepat pada masanya.

“Dengan ada semua agensi ini nanti, diselaraskan oleh seorang menteri yang fasih dengan undang-undang dan faham dengan pentingnya aspek kawal selia terutama dalam teknologi, bukan hanya AI (kecerdasan buatan), tetapi juga dalam ‘artificial general inteligence’ yang sekarang semakin disebut-sebut,” katanya.

Menerusi rombakan Kabinet diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, KKD dipecahkan menjadi dua kementerian berbeza iaitu Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital diterajui bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya