Pendaftaran Paramedik Komuniti dibuka Januari ini

Pendaftaran Paramedik Komuniti dibuka Januari ini

MUHAMAD AKMAL Saleh menyalakan pelita ketika Majlis Rumah Terbuka Deepavali MIC Bahagian Jasin di Bandar Baru Merlimau Utara, Jasin, Melaka. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Program Paramedik Komuniti akan membuka pendaftaran para sukarelawan secara dalam talian bermula Januari ini dan ia terbuka kepada individu yang mempunyai latar belakang perubatan ataupun tidak.

Pengerusi Paramedik Komuniti, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, kerajaan negeri menyasarkan penyertaan sukarelawan di 339 buah kampung, bagi membolehkan bantuan kecemasan awal dapat diberikan segera kepada mereka yang memerlukan.

“Setiap sukarelawan yang terlibat juga akan diberikan latihan menerusi modul disediakan hingga mereka cekap dan akan turut dilengkapi dengan peralatan perubatan untuk memberi respons awal jika berlaku sebarang kecemasan.

“Menerusi Paramedik Komuniti ini diharap dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat negeri ini bahawa mereka juga boleh jadi sebahagian sukarelawan untuk membantu orang lain dan menjadi hero masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Deepavali MIC Bahagian Jasin di Bandar Baru Merlimau Utara di sini, semalam.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, kerajaan negeri akan memperkenalkan Paramedik Komuniti di setiap 339 buah kampung pada tahun depan bagi memberi bantuan kecemasan awal dan sokongan moral kepada rakyat yang ditimpa musibah.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, inisiatif di bawah program kesihatan itu melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM500,000.

Tambah Muhamad Akmal, Paramedik Komuniti akan diperluaskan di kawasan tumpuan pelancong sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024.

“Setakat ini seramai 30 individu sedang dilatih sebelum mereka dilantik sebagai pasukan Paramedik Komuniti di kawasan tumpuan pelancongan dan akan mula memberikan perkhidmatan semasa pelancaran TMM 2024.

“Melaka merupakan negeri pertama yang memperkenalkan inisiatif Paramedik Komuniti ini dan kita percaya usaha baik ini akan dicontohi oleh negeri lain,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya