Pencapaian kerajaan bukan kerja ‘Anwar’ seorang

Pencapaian kerajaan bukan kerja ‘Anwar’ seorang

ANWAR Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika melawat reruai pameran selepas menyempurnakan Majlis Penutup Sambutan Setahun bersama Kerajaan Malaysia Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kesemua kejayaan serta pencapaian yang dilakukan sepanjang tempoh setahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan adalah hasil kerja berpasukan dan bukan seorang individu semata-mata.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua kementerian memainkan peranan masing-masing dengan sewajarnya.

“Sebab apa kita adakan pameran laporan (prestasi)? Supaya lihat peranan setiap kementerian, kita mesyuarat setiap minggu.

“Kalau Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) catat ratusan bilion (pelaburan) itu bukan kerja Anwar satu orang, itu menteri dan agensi (di bawahnya).

“Jadi rakyat dan masyarakat harus adil. Semua ada usaha dan saya tidak fikir kita dapat catat perubahan dan kejayaan tanpa pasukan mantap dan komitmen pimpinan keseluruhannya.

“Tetapi (mungkin mereka) tidak dapat publisiti seperti mana Perdana Menteri, kalau saya bicara tentunya diberi keutamaan kerana kebetulan saya Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi dialog Malaysia Madani bersama Perdana Menteri di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini.

Menurut Anwar, beliau berharap persepsi itu dapat dibetulkan supaya masyarakat memahami bahawa pencapaian itu adalah kerja berpasukan.

“Saya berpendapat (pencapaian) melihat kepada situasi, alhamdulillah…saya tak mahu takabur.

“Jadi saya cadangkan rakyat melihat dan ambil kesempatan lihat kejayaan (kementerian),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya