Pemuda ceroboh landasan LRT didenda RM300

Pemuda ceroboh landasan LRT didenda RM300

gombak setia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang pemuda didenda RM300 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menceroboh landasan Transit Aliran Ringan (LRT) Pudu, petang semalam.

Majistret Illi Marisqa Khalizan menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Benard Chua, 20, dan memerintahkannya dipenjara tujuh hari jika gagal membayarnya.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja menceroboh kawasan larangan dengan cara melintasi landasan tersebut yang digunakan sebagai tempat laluan tren LRT.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Zuhairi Osman memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh.

Sementara tertuduh yang diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaaan (YBGK) memohon hukuman denda ringan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN