Pemandu lori dikecam tampal pelekat lucah

Pemandu lori dikecam tampal pelekat lucah

SEBUAH lori ditampal dengan pelekat beunsur lucah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Baru-baru ini tular di media sosial, tindakan pemandu dikecam kerana menampal pelekat berunsur lucah di bahagian belakang lori.

Menerusi perkongsian gambar di aplikasi X, pengguna media sosial mempersoalkan tindakan pemandu yang melakukan perkara sedemikian tanpa menyedari bahawa perkataan yang tidak senonoh pada pelekat itu boleh dibaca oleh kanak-kanak bawah umur.

“Abang lori ni tahu ke apa yang dia tampal dekat belakang lori dia ni anak aku boleh baca?” soalnya di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak berpuas hati dan marah dengan perbuatan tidak senonoh pemilik lori itu.

“Tolonglah pihak berkuasa buat undang-undang tak boleh tampal pelekat lucah macam ni dekat kenderaan sebelum anak aku nampak,” komen @azwaila.

“Pelekat itu jelas melambangkan peribadi pemandu lori itu yang sebenar,”  tulis @farid6976.

“JPJ tak tahan ke bahan lucah diletakkan di kenderaan untuk tatapan umum?” soal @apriyalee.

Video berkenaan telah tular di laman X dan menerima 1.2 juta tontonan, 388 komen dan 2,600 tanda suka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya