Pelancong warga China cedera dipikul pemandu Grab

Pelancong warga China cedera dipukul pemandu Grab

PELAJAR Universiti Putra dari negara China, Miss Yuan (kiri) menunjukkan tangannya yang berbalut selepas dicederakan oleh pemandu GRAB dan YB Sim (kanan), menunjukkan keputusan X-ray tangan Miss Yuan yang cedera, dalam satu sidang kedia di bandar Kuantan, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang penuntut warga China retak tulang pada dua jari tangan kanan dan lebam di beberapa bahagian badan termasuk muka dipercayai dilakukan seorang pemandu Grab, Sabtu lalu.

Mangsa yang datang untuk melancong ke bandaraya ini, dipercayai telah dipukul berkali-kali menggunakan kerusi besi lipat.

Bagaimanpun, mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Miss Yuan, 22, berkata, dia segera pulang ke kediamannya di Serdang, Selangor ekoran bimbang pemandu terbabit datang semula ke lokasi penginapannya di sebuah hotel di sekitar daerah ini.

Menurutnya, setelah mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur Sabtu lalu, mangsa terus menghubungi Kedutaan China bagi mendapatkan nasihat.

“Saya alami retak tulang pada dua jari tangan kanan serta beberapa kesan lebam di badan termasuk di muka.

“Malah, pihak kedutaan (China) juga menasihatkan saya supaya membuat laporan Polis di Kuantan dengan bantuan YB (Yang Berhormat) Sim (Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Sim Chon Siang,” katanya dalam sidang akhbar bersama Chon Siang di pejabat ADUN Teruntum, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, kata penuntut jurusan Ekonomi di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang itu, laporan polis telah dibuat berkaitan kejadian tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, Isnin lalu.

Jelasnya, selain berdasarkan kecederaan yang dialaminya, laporan itu turut dibuat kerana bimbang ia mungkin boleh membahayakan penumpang lain.

“Kejadian berlaku apabila pemandu Grab tersebut ada berkata sesuatu menggunakan bahasa Melayu yang saya tidak fahami sebelum dia bertindak memukul. Ketika itu kami dalam perjalanan menuju ke hotel penginapan.

“Saya langsung tidak tahu dan bingung dengan kejadian itu kerana tidak mengetahui motif sebenar pemandu tersebut bertindak memukul.

“Saya berharap pihak berkuasa dapat mengenakan hukuman setimpal kepada pelaku (pemandu Grab) kerana selepas insiden itu, saya masih dihubungi dan akan menuntut imbuhan perubatan daripada pihak Grab disebabkan kejadian ini,” katanya yang datang ke Kuantan selama dua hari untuk melancong bersama seorang lagi rakannya juga pelajar warganegara China.

Sementara itu, Chon Siang menggesa pihak polis mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan kejadian tersebut tidak berulang di masa akan datang memandangkan ia membabitkan pelancong yang datang ke negeri ini.

Katanya, perkara tersebut perlu dipandamg serius kerana tindakan sebegini boleh menjatuhkan imej pelancongan.

“Dari segi perubatan (rawatan) kita akan lihat berapa jumlah, dan kerajaan aman akan bantu untuk menanggung sebarang kos rawatan yang dihadapi mangsa setelah insiden tersebut.

“Kemungkinan perkara sudah sampai Kedutaan China dan ia menjejaskan imej baik Pahang. Jadi, saya berharap kerajaan dapat ambik tindakan sepatutnya terhadap pemandu Grab ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya