PETALING JAYA: Siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan penglibatan pelaku dalam kes kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin merupakan individu yang mempunyai rekod jenayah termasuk melibatkan kesalahan seksual.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan menyeluruh termasuk semakan rekod penjenayah sedia ada.
“Ia meliputi Mask Genius Screening melibatkan data cap jari orang yang mempunyai rekod jenayah termasuk kumpulan yang terlibat dalam kesalahan seksual.
“Selain itu, mereka yang dalam perhatian pihak polis melibatkan penduduk tempatan atau di luar kawasan, semua kita akan beri perhatian,” katanya dalam sidang akhbar malam ini. – UTUSAN