Pelakon muda Thailand laku, terkenal setanding selebriti K-pop - Utusan Malaysia

Pelakon muda Thailand laku, terkenal setanding selebriti K-pop

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNGKIN kita terlalu memandang kepada kerancakan industri hiburan di Korea Selatan yang sedang mendunia hari ini. Namun, jika kita benar-benar meneliti negara di Asia Tenggara, Thailand sudahpun memulakan fenomena baharu, baik dalam lakon layar mahupun industri fesyen dunia.

Beberapa tahun belakangan ini, semakin ramai artis dari negara itu lahir dan mencuri perhatian warga industri fesyen dunia. Jika diperhatikan, lebih banyak jenama besar dan mewah dunia mula mengalihkan perhatian mereka kepada Thailand dengan membuka lebih banyak kedai.

Mereka menyasarkan Thailand sebagai hub fesyen jenama mewah di Asia Tenggara. Selain itu, Bangkok juga pernah disenarai sebagai bandar paling banyak dilawati di dunia oleh pemegang kad Mastercard Index.

Selepas Lalisa Manobal dari Blackpink berjaya mencipta nama di Amerika Syarikat sekali gus menjadi duta antarabangsa bagi jenama Celine dan Bulgari, penyanyi asal Thailand, BamBam dari kumpulan K-pop GOT7 juga tidak kurang hebatnya apabila dipilih menjadi wajah bagi jenama iklan YSL.

Namun begitu, dalam tiga tahun belakangan ini, kami tampilkan beberapa pelakon muda generasi baharu Thailand lain yang sudah pun popular setaraf artis antarabangsa lain. Selain itu mereka juga berjaya menyita perhatian jenama mewah dunia.

Bright Vachirawit Chivaaree

Nama Bright memuncak selepas membintangi drama Still2gether yang menjadi naskhah nombor satu paling banyak ditonton di saluran televisyen negara itu, LINE TV.

Populariti Bright kemudian terus meningkat naik setelah berlakon sebagai Thyme menerusi drama F4 Thailand, Boys Over Flowers. Ia merupakan sebuah drama adaptasi daripada manga terkenal Jepun, Hana Yori Dango. Ekoran pengikut di Instagram dengan 18 juta pengikut, dia dilantik sebagai wajah baru bagi jenama Calvin Klein juga duta bagi jenama Burberry.

Apo Nattawin Wattanagitiphat

Apo mencuri perhatian ramai sebaik sahaja membintangi drama Kinn Porsche di platform penstriman iQiyi bersama rakan senegaranya Phakphum Mile Romsaithong.

Selepas drama itu meletup, Apo menduduki carta ketiga nilai media sosial paling tinggi untuk kategori Instagram dan TikTok pada musim luruh. Apo juga dipilih sebagai duta bagi jenama mewah Dior untuk negara Thailand bersama pelakon Mile dan Nattawin.

Davika Hoorne

Artis kacukan Belgium-Thailand ini memulakan kerjaya seninya pada 2010. Namun begitu namanya semakin dikenali menerusi filem Pee Mak pada 2013. Terkini, namanya sekali lagi menjadi sebutan menerusi naskhah Astrophile. Kerana kecantikan dan popularitinya, Davika dipilih menjadi duta bagi jenama terkemuka Gucci dan Gucci Beauty.

Urassaya Sperbund

Dikenali dengan panggilan Yaya, dia dianggap antara ikon fesyen di Thailand. Meletup setelah membintangi siri romantik Duang Jai Akkanee pada 2010, artis kacukan Norwegian-Thailand ini mula mencuri tumpuan masyarakat fesyen global.

Dia juga menjadi artis Thailand pertama yang dipilih sebagai Ghesquiere girl iaitu panggilan yang diberikan kepada gadis yang menerima undangan untuk menyertai acara Louis Vuitton’s Friends of the House di minggu fesyen Paris.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya