Pelajar UniKL diingatkan jaga keselamatan diri

Pelajar UniKL diingatkan jaga keselamatan diri

ASYRAF Wajdi Dusuki (empat dari kanan) bergambar bersama ayah Allahyarham, Alzafry Abu Bakar (lima dari kanan) serta mereka yang menziarahi keluarga Allahyarham di kediaman mereka di Denai Alam, Shah Alam, Selangor hari ini-UTUSAN/ MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pelajar Universiti Kuala Lumpur (UniKL) diminta menjaga keselamatan diri semasa menginap di Residensi RAH, Kampung Baru iaitu kondominium yang diduduki kebanyakan pelajar universiti berkenaan.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tragedi yang melibatkan Allahyarham Adly Zarkasyi Alzafry, 18, adalah satu kemalangan yang tidak dijangka oleh mana-mana pihak.

“Rakan bilik Allahyarham pun sudah larang dia daripada terus panjat, tapi apa boleh buat, kerana kemalangan pun sudah berlaku.

“Jadi, saya cuma nak ingatkan pelajar yang tinggal di kondominium itu (Residensi RAH) supaya jaga keselamatan diri dan jangan ambil risiko ambil barang yang sudah terjatuh di balkoni,” katanya ketika melawat keluarga Allahyarham di kediaman keluarganya di Denai Alam, di sini, hari ini. 

Menurutnya, seramai 400 pelajar UniKL yang tinggal di Residensi RAH, yang mana UniKL yang hanya mengawasi dan menjaga kebajikan pelajar yang tinggal di situ.

Sementara itu, Asyraf berkata, Allahyarham merupakan pelajar semester kedua Diploma Teknologi Maklumat (IT) di universiti itu.

“Kami (Mara) akan bantu keluarga arwah dari segi bayaran yuran pengajian Allahyarham dan beri sedikit bantuan kewangan kepada keluarganya. 

“Apapun, saya zahirkan takziah kepada keluarga Allahyarham atas pemergiannya,” ujarnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Allahyarham maut setelah jatuh daripada tingkat 34 di sebuah kondominium, ketika cuba mengambil baju-T yang terjatuh di kaki lima balkoni.

Mayat Allahyarham selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam pada Rabu lalu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya