Pelajar tingkatan dua hilang di tali air ditemukan lemas 

Pelajar tingkatan dua hilang di tali air ditemukan lemas 

MAYAT Mohamad Amirul Haikal Che Jaapa ditemukan terdampar di celah pokok berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mat Kilau, Kuantan, Pahang. - IHSAN JBPM PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mat Kilau, di sini yang dilaporkan hilang ketika mandi di tali air di Lorong Indera Sempurna 2 ditemukan lemas, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mayat Mohamad Amirul Haikal Che Jaapa, 14, dijumpai Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) kira-kira pukul 10.22 pagi ini.

Katanya, mayat remaja itu ditemukan terdampar dan tersangkut pada pokok.

“Mangsa ditemukan kira-kira  1.6 kilometer dari lokasi kejadian iaitu berhampiran dengan SMK Mat Kilau.

“Ketika ditemukan, mangsa tersangkut pada pokok semasa SAR (operasi mencari dan menyelamat) yang disambung pagi ini,” katanya, di sini, hari ini.

Zulfadli berkata, susulan penemuan tersebut, mayat mangsa diserahkan kepada  polis untuk tindakan selanjutnya.

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan, Mohamad Amirul Haikal dikhuatiri lemas ketika mandi di tali air bersama enam lagi rakannya di Lorong Indera Sempurna 2, kira-kira pukul 3.50 petang. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya