Pekerja penyelenggaraan maut kepala tersepit pintu lif - Utusan Malaysia

Pekerja penyelenggaraan maut kepala tersepit pintu lif

SEORANG pekerja penyelenggaraan maut selepas kepalanya tersepit ketika sedang menyelenggara sebuah lif di sebuah kompleks beli-belah di Jalan Burmah, George Town, Pulau Pinang, hari ini. - Pic: IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Seorang pekerja penyelenggaraan ditemukan maut selepas kepalanya tersepit ketika sedang menyelenggara sebuah lif di sebuah kompleks beli-belah di Jalan Burmah, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu, mangsa, R. Tinesh Kumar, 28, maut di tempat kejadian manakala seorang lagi pekerja penyelenggaraan berusia 53 tahun selamat.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, Ahmad Rezki Faris Ismail berkata, terdahulu pihaknya menerima panggilan kecemeasan mengenai kejadian terdapat dua mangsa lelaki dilaporkan terperangkap di dalam lif.

”Seorang mangsa lelaki berusia 28 tahun telah tersepit di bahagian kepala pada pintu lif, manakala seorang lagi lelaki berusia 53 tahun terperangkap di dalam lif.

“Pasukan bomba telah berjaya membuka pintu lif dan mengeluarkan dua mangsa tersebut, bagaimanpun mangsa berusia 28 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian dan mangsa berusia 53 tahun selamat,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan pihak polis untuk tindakan lanjut.

”Operasi tamat sepenuhnya pukul 5.56 petang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya