Pejabat pos lama berusia lebih 100 tahun tumpuan pengunjung

Pejabat pos lama berusia lebih 100 tahun tumpuan pengunjung

BANGUNAN pejabat pos lama menjadi tumpuan pelancong di Bagan Datuk. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK: Selain Masjid Tuminah Hamidi dan Water Front, sebuah bangunan kayu yang dikatakan berusia lebih 100 tahun menjadi tumpuan orang ramai yang berkunjung ke pekan ini.

Bangunan tersebut merupakan bekas bangunan pejabat pos dan tidak lagi digunakan namun masih dijaga dengan baik dengan mengekalkan bentuk binaan asal selain dicat.

Pengunjung berkata, bangunan kayu itu memiliki keunikan tersendiri kerana reka bentuk asalnya masih dikekalkan dan dijaga dengan baik.

Pengunjung, Mohamad Bohari Mohamad Saat, 52, dari Bota di Perak Tengah berkata, pada awalnya dia tidak menyangka bangunan lama itu pernah digunakan sebagai bangunan pejabat pos.

Sebaliknya, dia menyangka bangunan itu merupakan sebuah rumah lama kerana diperbuat daripada kayu.

“Saya sangka bangunan ini rumah lama sebab diperbuat daripada kayu dan papan malah ada tiang ada lantai. Kedudukannya di tengah-tengah pekan Bagan Datuk menjadikan bangunan ini mudah dilihat.

“Saya hanya tahu ini bangunan pejabat pos lama sebab ternampak papan tanda dan tong surat pos di depan pintu masuk bangunan ini.

“Saya tak pernah nampak pejabat pos yang dibina dengan kayu dan papan kerana kebanyakan pejabat pos dibina bangunan dan simen.

“Saya percaya pelancong yang singgah di pekan Bagan Datuk pasti tidak melepaskan peluang melawat pejabat pos lama ini kerana keunikannya yang sukar ditemui sekarang,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya, dia berkunjung ke Bagan Datuk setelah siapnya Jambatan Sultan Nazrin Shah yang menghubungkan daerah ini dengan Perak Tengah, sekaligus memendekkan perjalanan berbanding jalan lama melalui Hutan Melintang.

Katanya, banyak tempat menarik di Bagan Datuk antaranya Masjid Terapung, Water Front dan kawasan Beting Beras Basah.

“Saya percaya bangunan pejabat pos lama ini juga menarik untuk dilawati cuma keadaan dalam bangunannya perlu dijaga seperti bilik dan lantai, merugikan jika bangunan ini tidak dijaga dengan baik.

“Mungkin juga bangunan lama ini boleh dijadikan galeri yang menghimpunkan bahan sejarah atau maklumat mengenai Bagan Datuk untuk kemudahan pelancong,” katanya.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya