Peguam terkenal Sulaiman Abdullah meninggal dunia

Peguam terkenal Sulaiman Abdullah meninggal dunia

ALLAHYARHAM SULAIMAN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peguam terkemuka, Datuk Sulaiman Abdullah telah meninggal dunia dalam usia 77 tahun pada petang semalam.

Berita itu dimaklumkan oleh anaknya, Huzir Sulaiman menerusi satu kenyataan ringkas.

Menurut Huzir, jenazah bapanya akan dimandi dan dikafan di Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Jalan Templer di sini sebelum solat Zuhur hari ini.

Dalam pada itu, Huzir menyifatkan Allahyarham seorang pengamal undang-undang yang berfikiran tajam walaupun bapanya menghadapi pelbagai cabaran kesihatan.

“Beliau masih mewakili anak guam dan menyertai pelbagai jawatankuasa dan panel penasihat,” katanya.

Sepanjang kerjayanya, Sulaiman pernah terlibat dalam kes-kes berprofil tinggal termasuk menjadi pasukan pembelaan membabitkan kes Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan peguam pendakwaan untuk kes rasuah bekas Perdana Menteri, Datuk Najib Tun Razak serta krisis perlembagaan Perak susulan penyingkiran bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd. Nizar Jamaluddin.

Selain itu, Allahyarham merupakan antara 12 tokoh dilantik dalam Jawatankuasa Memperkasakan Mahkamah Syariah (JKMMS) yang diwujudkan semula bagi mempertingkat dan memartabatkan sistem perundangan Syariah selaras dengan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan ketika pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Malah Allahyarham pernah menjadi Presiden Majlis Peguam (2000-2001). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya