PDT Kuantan tunggu surat UiTM berhubung denda RM14.7 juta

PDT Kuantan tunggu surat UiTM berhubung denda RM14.7 juta

UiTM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kuantan menunggu surat pemberitahuan (SPT) daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) berhubung keadah dicadangkan berkaitan didenda RM14.7 juta yang dikenakan terhadap institusi pengajian tinggi (IPT) itu kerana melanggar syarat pemilikan tanah.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pegawai Daerah Kuantan, Datuk Aida Munira Abdul Rafar berkata, setakat ini belum ada SPT diterima PDT Kuantan dan pihak terbabit akan menunggu sehingga akhir tahun ini.

Bagaimanapun, menurut beliau, kelulusan dan rayuan bayaran sudah ditetapkan oleh pihak berkuasa negeri.

“Kita mencadangkan tahun depan UiTM akan membuat bayaran secara ansuran bermula Januari hingga Disember 2024 termasuk cukai tahun semasa.

“PDT Kuantan bagaimanapun sedia tuntut SPT yang lain cuma tunggu respon UiTM kaedah apa yang dicadangkan. Buat masa ini, tak ada surat dari UiTM,” katanya di sini semalam.

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan, projek UiTM Solar Park 1 di Gambang di sini yang dilaksanakan sayap pelaburan UiTM didenda RM14.7 juta kerana melanggar syarat pemilikan tanah.

Denda tersebut dikenakan PDT Kuantan selepas UiTM memohon menukar status penggunaan tanah daripada ‘pengajian tinggi’ kepada ‘perindustrian’ oleh UiTM Holdings Sdn. Bhd. sejak 2016.

Terdahulu, menerusi Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) November lalu, satu sumber mendedahkan kepada Utusan Malaysia, tanah berkeluasan 121 hektar tersebut dikurniakan kepada UiTM secara bersyarat.

Geran tanah tersebut dengan jelas menyatakan status untuk ‘pengajian tinggi’ dan bukannya untuk dibangunkan dengan projek solar.

Daripada projek tersebut, ia turut mencetuskan persoalan berhubung penerbitan sukuk bagi suntikan modal terhadap projek yang dianggarkan hampir RM300 juta sama ada dibuat melalui UiTM Holdings atau UiTM sendiri apabila tanah tersebut didakwa tidak boleh dicagarkan.

Sementara itu, Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib@Sahibuddin dilaporkan berkata, UiTM mengemukakan kaedah lain kepada penyelesaian denda RM14.7 juta dikenakan PDT Kuantan.

Shahrin turut dilaporkan sebagai berkata, untuk masa ini UiTM tidak membayar denda seperti didedahkan LKAN pada November lalu.

Mengulas lanjut, Aida Munira berkata, jika tiada maklum balas atau surat diterima daripada UiTM sehingga akhir tahun ini, PDT Kuantan akan mengeluarkan notis tuntutan bayaran kepada institusi itu mulai tahun hadapan.

Jelasnya, kadar cukai yang turut dikenakan kepada UiTM juga tidak menjadi isu berikutan nilainya sama bagi IPT dan perindustrian. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya