'Pas seperti 'gila talak' -Ahmad Zahid

‘Pas seperti ‘gila talak’ -Ahmad Zahid

AHMAD Zahid Hamidi pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan sumbangan tabung akaun amanah kemanusiaan rakyat Palestin di Bangunan Perdana Putra di sini, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengganggap Pas seperti ‘gila talak’ susulan ajakan parti itu untuk mewujudkan semula kerjasama.

Ahmad Zahid berkata, UMNO setakat ini belum terbuka hati untuk menjalinkan kerjasama dengan parti Pas.

“Mungkin ada pihak yang telah kegilaan talak kerana mereka pernah berada dalam kerajaan dahulu. Alangkah sakitnya apabila mereka mempunyai kerusi yang banyak tetapi mereka terus jadi pembangkang.

“Kita harap mereka terus berdoa, untuk tidak melakukan kekencingan (penipuan) sekali lagi kepada UMNO yang menyebabkan UMNO tak langsung mahu membuka jalan  setakat ini.

“Allah belum buka lagi hati kami menjalin semula kerjasmaa politik dengan mereka. Kami harap mimpi siang mereka itu dapat dinoktahkah,” katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis penyerahan sumbangan Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) di sini, hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, Pas tidak menolak untuk bekerjasama semula dengan UMNO di sebalik sejarah ‘pahit’ hubungan kedua-dua parti sebelum ini.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menjelaskan, sebarang kerjasama dengan UMNO perlu melalui platform Perikatan Nasional (PN) yang turut dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Mengulas kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Isham Jalil yang menggangap segelintir pemimpin UMNO sebagai ‘barua’ DAP, Ahmad Zahid berkata, beliau mencabar Isham untuk menyuarakan semula pendapat itu pada mesyuarat MKT malam ini.

“Saya harap malam ini Isham datang mesyuarat MKT. Kalau ada pendapat lain beliau boleh suarakan. Setakat ini, beliau tak datang mesyuarat MKT sebanyak tiga kali.

“Mudah-mudahan beliau (Isham) mempunyai keberanian untuk datang malam ini untuk suarakan pendapatnya itu,” katanya.

Isham sebelum ini menyifatkan ada segelintir pemimpin UMNO bertindak ‘lebih DAP daripada DAP’, dengan mempromosikan parti cauvinis itu secara berlebihan sehingga menimbulkan kurang senang dalam kalangan akar umbi.

Jelasnya lagi, tindakan itu dikatakan menjadi antara punca kekalahan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman baru-baru ini.

Beliau mendakwa UMNO terus menerima penolakan orang Melayu kerana parti yang seharusnya memperjuangkan Melayu dan Islam, sudah tersasar dan rela menjadi ‘barua DAP’.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya