KOTA BHARU: Situasi banjir di tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang makin buruk apabila jumlah mangsa kini meningkat kepada 25,654 setakat pukul 4 petang semalam. Mangsa paling ramai adalah di Kelantan dengan jumlah yang terlibat terus meningkat kepada 15,147 orang berbanding 12,572 pada sebelah pagi. Kelantan turut mencatat tiga kematian melibatkan banjir telah direkodkan di negeri ini sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) bermula 21 Disember lalu sehingga semalam. Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kejadian itu melibatkan tiga kanak-kanak, satu di Kota Bharu dan dua di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya