Pandangan saya putih, terus mengucap, sudah rasa ajal tiba - Nora Ariffin - Utusan Malaysia

Pandangan saya putih, terus mengucap, sudah rasa ajal tiba – Nora Ariffin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: “Dada saya seperti ditarik, sudah reda jika ajal tiba.”

Demikian respons penyanyi, Datuk Nora Ariffin, 50, ketika menceritakan detik cemas di ambang kematian akibat paru-parunya dipenuhi air bulan lalu.

Menurut Nora, pada awalnya dia mengalami demam panas dan dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Bangi.

Namun, berlaku kesilapan teknikal iaitu air berlebihan (over drip) semasa rawatan membuatkan paru-parunya dipenuhi air. Nora kemudian mengambil keputusan untuk berpindah ke hospital swasta yang lain.

“Oleh sebab terlebih drip, paru-paru saya dipenuhi air dan sukar bernafas.

“Waktu itu saya sudah reda jika ajal sudah tiba kerana pandangan saya sudah putih dan dada seperti ditarik.

“Saya mengucap dan salam suami memohon maaf dan minta tolong tengokkan anak-anak,” katanya.

Nora ditemui Utusan Malaysia di majlis pelancaran pes masakan Secukup
rasa by Nora di sini, hari ini.

Nora tidak sedarkan diri dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama tiga hari di bawah pantauan tiga orang pakar.

Jelas Nora, insiden berkenaan membuka matanya untuk lebih menghargai pengorbanan anak dan suaminya, Dr Rushdi Ramli, 55.

“Bila diberi peluang hidup kali kedua, saya nampak pengorbanan suami dan anak-anak.

“Suami saya mengajar jadi dia ambil tugas hantar anak ke sekolah dan siapkan baju mereka. Sebelum ini semua itu saya saya uruskan sendiri,” katanya.

Walaupun insiden rawatan ‘over drip’ membahayakan nyawa, namun Nora enggan mengambil sebarang tindakan dan memanjangkan kes.

“Saya enggan memanjangkan kes atau ambil tindakan terhadap pihak pusat perubatan berkenaan.

“Kadang doktor pun manusia, ada buat silap. Waktu itu kita hanya fikir nak sihat,”
tambahnya.

Sebelum ini pada November, Nora dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Kajang akibat sesak nafas dan demam panas.

Nora menjalani pemeriksaan pengimejan resonans magnetik (MRI) dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama tiga hari.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya