Pakaian dipakai Zayn Rayyan ketika ditemui dihantar Jabatan

Pakaian dipakai Zayn Rayyan ketika ditemui dihantar Jabatan Kimia untuk dianalisa

SEEKOR anjing dari Unit Anjing Pengesan (K9) dibawa ke lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan Abdul Mattin yang berada sejauh 200 meter dari kediamannya di Apartmen Idaman, Damansara Damai bagi membantu siasatan di sini, hari ini. -UTUSAN/ FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pakaian kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang dipakai ketika mayatnya ditemukan sudah diserahkan ke Jabatan Kimia untuk dianalisa.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, polis sedang menjalankan operasi mengumpul maklumat secara besar-besaran dalam  mencari petunjuk yang boleh membantu siasatan berhubung kematian kanak-kanak itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, keterangan yang ada pada ketika ini tidak memadai untuk membolehkan pihak polis mengesan seterusnya menahan suspek yang mendalangi kematian kanak-kanak  itu.

Menurut beliau maklumat yang diperolehi polis pada masa ini adalah terhad, justeru, polis kini bekerja keras untuk mengumpul maklumat yang boleh membantu siasatan.

“Seperti yang saya sebut semalam, kes bukan ‘straight forward’, keterangan yang ada adalah terhad. Justeru, kita masih mengumpul maklumat termasuk menunggu keputusan analisa forensik daripada Jabatan Kimia.

“Menerusi hasil forensik itu nanti dapat memberikan kita ‘clue’ (petunjuk) bagi kita mengecilkan skop siasatan kita seterusnya mengesan,” katanya di sini.

Mengulas lanjut, Hussein berkata, setakat ini polis sudah merakam keterangan 20  individu termasuk ibu bapa mangsa dan lelaki yang menjumpai mayat Zayn Rayyan malam Rabu lalu.

Katanya, 16 keterangan adalah dalam kalangan jiran dan komuniti penduduk di tempat kejadian dan kawasan berhampiran serta guru sekolah, manakala selebihnya adalah ibu bapa mangsa dan saksi.

Mengenai proses mengumpul maklumat menerusi ‘home to home inquiries and searching’ (pertanyaan dan pencarian dari rumah ke rumah), proses itu akan dijalankan semula pada petang dan malam ini.

“Setakat ini kita sudah selesai menjalankan proses itu di tiga daripada 18 blok kediaman yang ada di Apartmen Idaman membabitkan 540 unit rumah.

“Kita akan sambung semula pada petang dan malam ini,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya