PADU: Gambaran adil sosioekonomi isi rumah

PADU: Gambaran adil sosioekonomi isi rumah

KERATAN laporan Utusan Malaysia 27 Disember 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pangkalan Data Utama (PADU) adalah inisiatif Kementerian Ekonomi dengan matlamat meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan selain memperkasa sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat.

Menurut portal rasmi kementerian, antara keberhasilan pelaksanaan PADU adalah meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat agar lebih baik dan cekap. 

Katanya, pelaksanaan itu juga dapat meningkatkan kecekapan pengurusan bagi memudahkan pengumpulan, penyimpanan dan pengurusan data pelbagai sumber.

“Pangkalan data yang berintegrasi dan berpusat mampu menjimatkan sumber secara signifikan,” kata portal itu.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, setiap isi rumah perlu memastikan maklumat diri mereka disah dan dikema skini dalam sistem PADU yang dilancarkan 2 Januari ini.

Dalam pada itu, menurut perkongsian di akaun rasmi X, Menteri Ekonomi, Mohd. Rafizi Ramli berkata, kewujudan sistem itu membolehkan kerajaan beralih dari pengkelasan berdasarkan pendapatan kepada pendekatan yang lebih bersasar dan adil untuk mengelak keciciran.

Katanya, keciciran dapat dielakkan dengan menggabungkan data dari pelbagai agensi kerajaan sebagai gambaran adil sosioekonomi setiap isi rumah.

“Ibu bapa, anak, pendapatan setiap isi rumah, tempat tinggal, jumlah tanggungan, jumlah anak bersekolah, kenderaan, harta, setiap bantuan yang diterima, bantuan kerajaan yang layak diterima dan sebagainya,” katanya.

Mohd. Rafizi berkata, sistem PADU menggunakan pendekatan pendapatan boleh belanja (net disposable income) berbanding tiga pengkelasan sedia ada berdasarkan pendapatan semata-mata iaitu B40, M40, T20. 

“PADU menggunakan pendekatan pendapatan boleh belanja (bukannya pendapatan kasar) selepas mengambil kira tanggungan, jumlah isi rumah, kos sara hidup yang berbeza mengikut lokasi dan sebagainya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya