Operasi cari lelaki lemas disambung pagi ini

Operasi cari lelaki lemas disambung pagi ini

SHARIMAN Ashari (dua dari kanan) semasa operasi mencari mangsa hilang dipercayai lemas di Pantai Tanjung Rhu, Langkawi, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Operasi mencari lelaki yang hilang dipercayai lemas, di Pantai Tanjung Rhu, di sini semalam disambung semula pada pagi ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pihaknya mendapat maklumat kejadian panggilan kecemasan (MERS999) pada pukul 6.17 petang semalam.

“Pemanggil memaklumkan bahawa dia datang ke Pantai Tanjung Rhu untuk berkhemah dan ternampak mangsa sedang terkapai-kapai di laut sedang meminta tolong.

“Mangsa kemudiannya terus tenggelam di laut pada pukul 6.06 petang,” katanya di sini hari ini.

Mangsa, Mohd Khairie Shaari, 32, yang beralamat di Jitra, Kedah disahkan keluarga baru sahaja bekerja di Langkawi.

Beliau menyatakan, kereta milik kakak mangsa yang digunakan mangsa diparkir di tepi pantai berhadapan dengan laut di mana mangsa dipercayai lemas.

Operasi melibatkan 40 anggota daripada pihak polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) tersebut ditangguh pada 10 malam tadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya