Op Samseng Jalanan: Polis sita 57 buah motosikal  - Utusan Malaysia

Op Samseng Jalanan: Polis sita 57 buah motosikal 

ANTARA motosikal yang disita polis daerah Barat Daya dalam operasi di Jalan Sultan Azlan Shah dan Persiaran Mahsuri, Pulau Pinang, malam tadi hingga awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Polis menyita sebanyak 57 buah motosikal dalam operasi di Jalan Sultan Azlan Shah dan Persiaran Mahsuri di sini bermula tengah malam tadi hingga awal pagi tadi bagi membendung aktiviti samseng jalanan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, dalam operasi bermula pukul 11.30 malam hingga 10 pagi tadi itu, polis turut mengeluarkan 88 saman atas pelbagai kesalahan.

”Motosikal-motosikal ini disita mengikut Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

”Selain membendung samseng jalanan, operasi ini juga bertujuan memastikan penunggang motosikal sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas sedia ada dan mengikut spesifikasi ditetapkan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, operasi itu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi mencegah aktiviti samseng jalanan yang sering menganggu ketenteraman awam. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya