Nampak kau orang kecil saja di bawah – Aktor muda - Utusan Malaysia

Nampak kau orang kecil saja di bawah – Aktor muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEBIH kurang begitulah ayat yang terbit daripada mulut pelakon lelaki muda ini ketika dia diminta untuk meneruskan sesi temu bual. Bilakah sesi itu,Cik Bunga pilih untuk tidak mahu beritahu. 

Namun, Cik Bunga difahamkan, temu bual itu pun adalah bagi mempromosikan satu daripada naskah lakonannya. Itu bermaksud, ia masih dalam konteks urusan kerjanya lah bukan? 

Pun begitu, apa yang Cik Bunga dengar, si pelakon lelaki ini semasa kejadian, enggan berbuat demikian. Duduk di tepi sambil buat muka mencuka tanda ‘malas’ mahu layan orang, kononnyalah. 

Sikap tak moleknya itu kemudiannya ditegur oleh seorang pelakon wanita yang turut terbabit dalam naskah lakonan itu selain meminta agar aktor tersebut ubah kelakuan dan teruskan kerja sementara ‘masih ada kerja’. 

Agaknya kerana bengang ditegur, aktor terbabit bingkas bangun sambil mengeluarkan kata-kata angkuh yang dia seolah-olah sedang berada di atas tempat tinggi dan cuma melihat orang lain kecil saja di matanya. 

Maksudnya, dia mahu kata orang yang dia terpaksa bekerja itukah? Ya, mungkinlah. Jadi, di sini, Cik Bunga ada soalanlah nak tanya pada aktor baharu tersebut. Belum lama pun berada dalam industri, sudah terasa ‘gayat’ sangatkah berada di puncak populariti? Amboi… bukan main berangan awak ya. 

Cik Bunga bukan apa, dua tiga kali dah dengar cerita tidak baik mengenai pelakon lelaki muda ini. Semuanya cerita bagaimana berangannya dia dalam industri sejak nama sudah popular dan disanjungi. 

Dengar sini dik. Ada betulnya bila awak ditegur oleh pelakon wanita cantik itu tempoh hari. Had populariti seseorang artis itu kurang lebih lima tahun saja. 

Selepas itu, satu cabaran untuk mengekalkan kedudukan sama ada masih relevan dalam industri atau tidak. Jadi, apa yang Cik Bunga hendak katakan, jagalah kelakuan dengan baik. 

Kalau selalu sangat buat perangai, takut tak sampai lima tahun orang dah benci dan menyampah sampai tak pedulikan awak lagi. Cik Bunga bukan cakap kosong tahu. 

Sudah ada contoh artis lelaki sebelum ini dan terkena sindrom ‘sawan popular’ kemudian sudah pun menyesal. 

Cik Bunga pasti pelakon baharu ini pun mahu kekal relevan lama lagi bukan? Ubah-ubahlah perangai itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya