Najib sambung PhD di penjara 

Najib sambung PhD di penjara 

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan dalam proses untuk memohon melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD). 

Perkhabaran itu dikongsikan peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menerusi rakaman program bual bicara yang dihoskan oleh Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan. 

Menurut Muhammad Shafee, beliau akan melawat Najib hampir setiap minggu dan kadang kala dua minggu sekali selain bertemu di mahkamah. 

“Dia (Najib) dalam penjara. Penjara biasa. Tetapi, atas isu keselamatan, dia diasingkan. Sebab kalau dia bersama-sama dengan orang lain, apa saja boleh berlaku kan?. 

“Dia sudah buat permohonan untuk buat PhD. Saya fikir, dia sudah pun mula melakukan beberapa penulisan berkenaan PhD dan diberikan nasihat tentang PhD,” katanya. 

Ketika ditanya bagaimana bekas Perdana Menteri itu mendapat bahan bacaan, Muhammad Shafee berkata, bahan-bahan itu nanti akan diperoleh menerusi pembantu Najib. 

“Tetapi kena tapisan. Tak boleh terima apa sahaja, buku pun kena tapisan. 

“Jadi, saya gembira dia (Najib) melakukan sesuatu,” katanya. 

Najib ketika ini sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang selepas dihukum penjara 12 tahun serta denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng dana SRC International. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN