Muhyiddin disiasat keluar kenyataan berbaur 3R - Utusan Malaysia

Muhyiddin disiasat keluar kenyataan berbaur 3R

AYOB Khan Mydin Pitchay meninjau pusat mengundi PRK Parlimen Kemaman di SK Bukit Mentok, Kemaman, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Polis membuka satu kertas siasatan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengeluarkan kenyataan berbaur 3R (kaum, agama dan raja) ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, baru-bari ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata,
Pengerusi Perikatan Nasional itu di siasat di bawah Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Menurutnya, pihak polis menerima laporan polis berhubung kes tersebut pada 29 November lalu.

“Kita terima laporan berkenaan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu ceramahnya yang menyamakan penghijrahan dalam parti sebagai penghijrahan Rasulullah.

“Ini secara langsung mencetuskan keadaan tidak harmoni dan satu kertas siasatan telah dibuka,” katanya pada sidang media selepas meninjau proses pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mentok, di sini, hari ini.

Ayob Khan berkata, sehingga pukul 12 tengah hari tadi, sebanyak 15 laporan polis telah diterima berkaitan PRK itu.

“Daripada jumlah itu, 10 kertas siasatan telah atas pelbagai kesalahan dan setakat ini masih belum ada sebarang tangkapan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya