Muhammad Shafee perlu bayar RM5.5 juta

Muhammad Shafee perlu bayar RM5.5 juta

MUHAMMAD SHAFEE ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah perlu membayar RM5.5 juta bagi melunaskan tunggakan cukai pendapatannya bagi tempoh lima tahun.

Jumlah tersebut ditetapkan pada prosiding hari ini selepas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjaya mendapat perintah penghakiman terus Jumaat lalu (15 Disember).

Bagaimanapun, pada tarikh tersebut, jumlah yang perlu dibayar masih belum diputuskan ekoran terdapat beberapa isu yangvperlu diputuskan.

Penghakiman terus merupakan tuntutan saman yang diputuskan oleh mahkamah tanpa melalui perbicaraan.

Kerajaan Malaysia melalui LHDN memfailkan saman terhadap Muhammad Shafee pada 6 Mei 2021 dengan menamakan beliau sebagai defendan bagi tunggakan cukai itu selama lima tahun.

Berdasarkan dokumen diperoleh media, peguam berkenaan mempunyai tunggakan cukai tahun taksiran RM621,291.85 (2011), RM978,854.11 (2012), RM3,581,500.000 (2013), RM1,735,124.03 (2014) dan RM1,826,557.87 (2016). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN