MPP USIM jadi wakil ASEAN perkasa bahasa Arab 

MPP USIM jadi wakil ASEAN perkasa bahasa Arab 

SHAMSUL Aiman Mua’mar Shamsul Bahrin mengetuai bacaan ikrar Persatuan Mahasiswa bahasa Arab se-ASEAN di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mewakili Malaysia bagi menandatangani kerjasama dengan Persatuan Mahasiswa Bahasa Arab se-Indonesia dalam program Muktamar ITHLA ke-12.

Malah, pelajar USIM juga mewakili ASEAN bagi acara lafaz ikrar Persatuan Mahasiswa bahasa Arab se-ASEAN yang berlangsung di Jakarta, Indonesia pada 30 November lalu.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM, Shamsul Aiman Mua’mar Shamsul Bahrin berkata, kerjasama itu bertujuan mengukuhkan bahasa Arab di seluruh ASEAN khususnya dalam kalangan mahasiswa institusi pendidikan tinggi (IPT). 

Katanya, Malaysia memiliki potensi besar sebagai pemegang tanggungjawab dalam memperkasa bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain di seluruh ASEAN kerana kepelbagaian bahasa dan bangsa di negara ini.

“Sebagai mahasiswa yang dididik dengan bahasa Arab dari zaman sekolah rendah, saya melihat Malaysia berpotensi besar sebagai pemegang taruh dalam memperkasa bahasa Arab bahkan bahasa-bahasa lain kerana negara kita mempunyai pelbagai bangsa serta bahasa.

“Kerjasama daripada para pelajar juga menunjukkan pemerkasaan mahasiswa di negara ini dalam menghangatkan lagi penggunaan pelbagai bahasa di negara kita bahkan USIM bersedia untuk menerajui perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Shamsul berkata, kedudukan bahasa seperti bahasa Melayu, bahasa Arab dan bahasa Inggeris perlu diperkuku supaya seiring dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam pengembangan bakat dan Malaysia sebagai Hab Pendidikan Tinggi Antarabangsa.

“Bahasa-bahasa utama khususnya bahasa Melayu, Arab dan Inggeris perlu diperkuat sebagai tunjang kepada pembentukan masyarakat bertamadun dan bertaraf global,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya