Mohamad Agus beri keterangan di IPD Kajang

Mohamad Agus beri keterangan di IPD Kajang, hanya lambai tangan kepada petugas media

Mohammad Agus Yusoff (kanan) ketika meninggalkan pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.- UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff diambil keterangannya selama dua jam di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, hari ini dipercayai berhubung siasatan membabitkan kes gangguan seksual terhadap pegawainya, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani.

Mohamad Agus tiba bersama peguamnya menaiki Toyota Estima berwarna putih pada pukul 11 pagi sebelum dilihat memasuki pekarangan IPD Kajang.

Perkara itu disahkan peguam Mohammad Agus, Zaflee Pakwanteh ketika dihubungi hari ini.

Pada pukul 1.15 petang, beliau dilihat keluar menaiki kenderaan sama dipandu peguamnya namun tidak memberhentikan kenderaan  apabila diminta wartawan untuk menemubual Mohamad Agus.

Sebaliknya, Mohamad Agus dan peguamnya hanya melambaikan tangan kepada petugas media sebelum meninggalkan pekarangan IPD Kajang.

Media sebelum ini melaporkan, Mohamad Agus dijangka memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, pada pukul 10 pagi ini.

Ia bagi membantu siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual terhadap Abdul Wahab, 33, yang merupakan kakitangan J-Kom.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sebelum ini mengesahkan polis melakukan siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual membabitkan Mohammad Agus terhadap Abdul Wahab yang dipercayai berlaku di sebuah hotel di Bintulu pada 21 Oktober lalu.

Katanya, polis sudah membuka siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 377D atas kesalahan melanggar kesopanan.

Siasatan dijalankan selepas Abdul Wahab tampil membuat laporan di Balai Polis Kajang bersama peguamnya, Faizal Abd Rahman pada 30 November lalu.

Sebelum ini, polis menjalankan siasatan berhubung rakaman video tular mengenai perbualan lucah didakwa membabitkan Mohammad Agus dan Abdul Wahab.

Mohammad Agus yang meletak jawatan sebagai Ketua Pengarah J-KOM dan mendakwa video perbualan yang mengaitkan dirinya palsu dan disunting pihak tidak bertanggungjawab. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya