MITA kena bijak manfaat teknologi, tarik jutaan pelancong  - Utusan Malaysia

MITA kena bijak manfaat teknologi, tarik jutaan pelancong 

MITA
MINT Leong Hoon Min menyampaikan sijil pelantikan Penaung MITA kepada Tengku Sulaiman Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj pada AGM MITA di Sepang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Ratusan anggota Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA) wajar merebut pelbagai wadah teknologi terkini untuk menarik ramai pelancong datang ke negara ini.

Demikian titah Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada mesyuarat agung tahunan ke-19 organisasi tersebut, di sini hari ini.

Malahan baginda juga menyeru lebih 800 anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu agar mengeksploitasi dasar pengecualian visa selama 30 hari ke atas beberapa negara asing.

“Kita harus bijak memanfaatkan segala medium teknologi komunikasi maklumat terutama bersedia menarik lima juta pelancong China bercuti ke Malaysia tahun depan,” titahnya.

Terdahulu, baginda diumumkan oleh Presiden MITA yang baharu, Mint Leong Hoon Min sebagai penaung rasmi persatuan itu selain barisan ahli majlis eksekutif sesi 2023/2025.

NGO berkenaan ditubuhkan pada 7 Jun 2004 dengan ibu pejabat di Kuala Lumpur serta antara tujuh badan diperakui oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Malaysia sudah merekodkan lebih 26 juta pelawat asing sehingga akhir bulan lalu dengan paling tinggi dari Singapura iaitu 12.6 juta orang diikuti Indonesia seramai 3.1 juta orang.

Mengulas lanjut, Tengku Sulaiman Shah mengajak anggota MITA proaktif dalam menarik jutaan pelancong China selaras ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik dengan Malaysia. 

“Justeru, kita kena lebih pantas merintis jalan baharu dan memanfaatkan polisi baharu ditetapkan kerajaan sejak awal bulan ini bagi membawa pelawat negara itu,” titah baginda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya