Misteri terowong tak siap-siap, apa fungsinya?

Misteri terowong tak siap-siap, apa fungsinya?

KEADAAN sebuah terowong di bawah Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru berhampiran Jalan Mengkibol yang menjadi tanda tanya apabila pembinaannya terbiar sejak tiga tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Sebuah terowong yang terbina di bawah laluan Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru berhampiran Jalan Mengkibol, dekat sini mencetuskan tanda tanda apabila tidak siap-siap selain tidak diketahui fungsi laluan tersebut.

Difahamkan, laluan 20 meter yang hanya boleh dilalui sebuah kereta pada satu-satu masa tersebut dibina kira-kira tiga tahun lalu dan kini pembinaannya terhenti begitu sahaja. Fungsi terowong sangat meragukan sehingga ramai mendakwa projek tersebut projek membazir duit rakyat.

Seorang penduduk, Kamal Ariffin Abdul Rahman, 50, berkata, sehingga kini orang ramai tertanya-tanya tentang fungsi serta peranan terowong yang menelan belanja puluhan ribu ringgit itu.

Katanya, jika benar untuk dijadikan sebagai laluan kenderaan, ia agak kecil dan tidak diketahui dari arah mana serta ke mana hala tuju perjalanannya.

“Ini kerana di hadapan terowong itu terdapat beberapa buah rumah serta sebuah stese minyak, manakala di bahagian belakang dipercayai tanah milik persendirian.

“Malah, pembinaan yang dikatakan menelan belanja puluhan ribu itu sebagai satu rancangan yang sia-sia kerana jika diteruskan akan mengakibatkan lebih banyak wang ringgit digunakan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dakwa Kamal, pembinaan main tangkap muat itu pada akhirnya membazirkan wang rakyat yang sepatutnya boleh dimanfaatkan untuk pembangunan lain.

“Diharapkan pemimpin setempat serta pihak berkuasa tempatan dapat menghidupkan semula perancangan pembinaan terowong ini agar tidak menjadi satu pembaziran serta pembangunan yang sia-sia,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya