Metro Trem cadang bina sistem tram moden Melaka

Metro Trem cadang bina sistem tram moden Melaka

PADA Mei 2022, Ka Siong berkata, cadangan perkhidmatan tram Bandar Melaka merupakan antara inti pati perbincangan ketika hadir bertemu Mohd. Ali di Istana Melaka. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Satu sistem tram moden dicadang dibina di negeri ini oleh Metro Trem Sdn. Bhd., kata Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Menerusi ciapan di platform X, APAD memaklumkan, sistem itu melibatkan jajaran kira-kira 20 kilometer (KM).

“Metro Trem Sdn. Bhd. bercadang untuk membina sistem tram moden untuk Melaka, dengan panjang keseluruhan jajaran kira-kira 20 KM dengan 25 hentian.

“Termasuk depot yang mempunyai sambungan dengan perkhidmatan bas sedia ada, perkhidmatan teksi serta sistem pengangkutan masa hadapan,” kata APAD.

Pada Mei 2022, Menteri Pengangkutan ketika itu, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, cadangan perkhidmatan tram Bandar Melaka merupakan antara inti pati perbincangan ketika hadir bertemu Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam di Istana Melaka di sini.

Menurut Ka Siong, antara perkara yang dibincangkan termasuk mengenai pembangunan pesat dalam sektor pelancongan kesihatan Melaka yang mendorong projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam perlu dipercepatkan.

“Pembangunan pembesaran Pelabuhan Tanjung Bruas, cadangan perkhidmatan tram di Bandar Melaka yang sedang dirancang oleh kerajaan negeri, pembangunan Marina Melaka serta pembangunan maritim dan sektor pelabuhan di Melaka secara amnya,” katanya.

Perkara itu mendapat pelbagai respons antaranya oleh Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong.

Poay Tiong berkata, perancangan kerajaan negeri bagi mewujudkan perkhidmatan tram adalah sesuatu yang membimbangkan kerana ia tidak berlandaskan sebarang kajian teknikal dan kebolehlaksanaan.

Jelasnya, cadangan berkenaan pastinya melibatkan kos amat besar dan projek monorel yang nyata telah gagal berulang-kali perlu dijadikan sandaran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya