Pemimpin-pemimpin UMNO hadir, bincang prestasi PRK Kemaman

Mesyuarat MT: Pemimpin-pemimpin UMNO hadir, dipercayai bincang prestasi PRK Kemaman

MOHAMED Khaled (tengah) tiba di Menara Dato' Onn bagi menghadiri mesyuarat MKT UMNO malam ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemimpin-pemimpin UMNO hadir ke Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MT) malam ini.

Antara pemimpin yang kelihatan adalah Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan dan dan naib-naib Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Hizatul Isham Abdul Jalil atau Isham Jalil tidak kelihatan walaupun dicabar untuk hadir oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Mesyuarat tersebut dipercayai bagi melakukan post mortem terhadap prestasi UMNO pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.

Prestasi UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada PRK Kemaman menjadi antara topik hangat untuk dibincangkan apabila calonnya, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor hanya memperoleh 27,778 undi.

Jumlah tersebut menyusut 10,757 undi berbanding undian diterima bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) iaitu 38,535 undi.

Pada PRK Kemaman Sabtu lalu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Samsuri Mokhtar memperoleh kemenangan dengan 64,998 undi menjadikan majoriti diperoleh sebanyak 37,220 berbanding pencabarnya Mohamed Affandi. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya