Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO malam esok

Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO malam esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UMNO akan mengadakan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) malam esok antara lain dipercayai bagi melakukan post mortem terhadap prestasinya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman,

Perkara tersebut disahkan berdasarkan jemputan media yang diterima Utusan Malaysia namun intipati perbincangannya tidak diketahui setakat ini.

Bagaimanapun, berdasarkan perkembangan semasa, sudah pasti prestasi UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada PRK Kemaman menjadi antara topik hangat untuk dibincangkan apabila calonnya, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor hanya memperoleh 27,778 undi.

Jumlah tersebut menyusut 10,757 undi berbanding undian diterima bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) iaitu 38,535 undi.

Pada PRK Kemaman Sabtu lalu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Samsuri Mokhtar memperoleh kemenangan dengan 64,998 undi menjadikan majoriti diperoleh sebanyak 37,220 berbanding pencabarnya Mohamed Affandi.

Pada PRU15, Che Alias berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kemaman apabila menewaskan Ahmad yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu dengan memperoleh majoriti sebanyak 27,179 undi.

Che Alias memperoleh undi 65,714 undi, manakala Ahmad mendapat 38,535 undi. Bagaimanapun, kemenangan Che Alias terbatal selepas Mahkamah Pilihan Raya pada 26 September lalu menerima petisyen difailkan calon BN, Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu merangkap Hakim Pilihan Raya, Anselm Charles Fernandis menerima dakwaan pempetisyen di dalam Petisyen Pilihan Raya bahawa terdapat sogokan di beberapa majlis rasmi Kerajaan Negeri Terengganu melalui dana bantuan i-Belia dan i-Siswa yang diagihkan kepada pengundi semasa tempoh berkempen PRU15 untuk meraih undi kepada Che Alias. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya