Mesej curang tarik perhatian pengguna media sosial

Mesej curang tarik perhatian pengguna media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Paparan ‘mesej curang’ di sebuah papan iklan gergasi di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) yang tular semalam mengundang pelbagai reaksi setelah ramai pengguna media sosial menanggapnya sebagai satu strategi pemasaran sebuah syarikat.

Malah terdapat dalam kalangan mereka mempercayai paparan mesej ‘awak penipu, awak pembohong dan tak berguna’ itu kononnya perbuatan benar-benar berlaku di antara pasangan suami isteri dikenali Kevin Teoh Chee Sing dan Shin Yi.

Pada mulanya seorang pengguna akaun X @timothytiah memuat naik papan iklan gergasi itu yang menunjukkan mesej: “Hi Kevin Teoh Chee Sing, awak penipu, awak pembohong dan tak berguna.”

“Saya nampak awak di Jerry Coworking Space TTDI! Ada video, lain kali pilih bilik yang tak bertingkap. Jangan hubungi saya, peguam saya akan hubungi awak, daripada bakal isteri Shin Yi,” kongsi gambar yang dirakam oleh pengguna media sosial itu.

Bagaimanapun tinjauan mendapati hantaran tersebut mencetuskan pelbagai reaksi alam maya dengan hampir 10,000 ulang siar dan 15,000 tanda suka dan juga menganggap sebagai serius.

“Mungkin inilah cara macam mana golongan T20 nak bercerai sekarang,” ulas @buskbear.

Namun rata-rata netizen menganggapnya sekadar strategi pemasaran yang dibuat penyedia premis berkenaan iaitu Jerry Coworking Space.

Pengguna X @encikjon mengatakan bahawa iklan tersebut secara tidak langsung menjelaskan apa yang bakal diharapkan oleh pelanggan ketika menyewa ruang kerja berkenaan.

“Gimik pemasaran atau kisah benar? Betul-betul mengelirukan,” komen @Elviralahweyy. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya